Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar..

Thursday 21 July 2011

Malang yang tidak pernah berbau



Hari ini negara kita tersentak dengan satu berita yang agak menyayat hati dan menyentuh perasaan sebagai seorang ibu/ bapa, seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian kepala akibat kemalangan ketika turun daripada sebuah van yang membawanya pulang dari sekolah. 

Difahamkan kejadian berlaku apabila tali beg sekolah beliau tersangkut pada pintu van berkenaan. Akibat daripada itu, beliau kini sedang dirawat di hospital dan berkemungkinan mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus..!

Salam Takziah..kepada sahabat baik saya iaitu ibu kepada kanak2 berkenaan, Norazaliza Alwi & Muhammad Sazali Yahya di atas peristiwa yang berlaku. Semoga Allah bagi kekuatan kepada u all berdua..& percayalah pada ketentuan Allah bahawa setiap yang berlaku itu tetap ada hikmah dari-Nya..  Buat adik haziq Aqasha..diharapkan cepat sembuh & kembali sihat.. Amiin.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2011072101063520110721010635/Article

Monday 16 May 2011

Haii..!! Malaysia!!


Saya rasa sangat gembira sebab hari ni saya dah ada Blog saya sendiri! Tak kisah lah apa pun orang nak kata, mungkin agak terlewat sikit kot (hehehe..), yang pasti saya gembira sebab akhirnya saya berjaya jugak memiliki Blog saya sendiri! yeaah.


Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 cyber saya kerana telah membantu saya dalam menghasilkan Blog ini. Terima kasih banyak-banyak, ye? Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak membalas budi saudara/ri itu.

Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia Blog ini, amatlah besar harapan saya sekiranya kawan-kawan semua dapat memberi tunjuk ajar dan juga panduan agar Blog saya ini kelihatan lebih menarik! Saya pun tak tau nak buat apa lepas nii.. hehehee..

Ok! Jumpa Lagi! Peaceee..! :)


Azhan~Airish.blogspot.com